PENDAHULUAN :

Pendidikan seni muzik sudah wujud di peringkat sekolah rendah sejak tahun 1983. Bagaimanapun, pendidikan ini hanyalah berfungsi sebagai memberi pengetahuan asas seni ini kepada pelajar, dan untuk perkembangan diri pelajar selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi sebanyak mana pendidikan asas kepada pelajar di peringkat sekolah rendah. Perkembangan Muzik telah bermula pada tahun 2007 di SKSB dengan tubuhnya Kelab Violin. Akan tetapi, pada tahun 2010, pendidikan muzik telah semakin membangun dengan tertubuhnya beberapa kelab muzik di kalangan guru dan murid.

 

MATLAMAT :

 Matlamat Pembangunan Muzik di SKSB dengan tujuan melahirkan guru dan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor guru dan murid, di samping memupuk nilai sosialisasi.

 

OBJEKTIF :

  1. Memupuk semangat dan minat dalam bidang muzik.
  2. Meneroka alam muzik dengan mengetahui dan memahami kemahiran penguasaan alatan muzik.
  3. Memberi pendedahan dalam persembahan di majlis atau perayaan peringat sekolah.

 

 

PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN :

 Jenis Program :

  1. Kelas Violin
  2. Kelas Mini Orkestra
  3. Kelas Gitar
  4. Kelas Drum
  5. Kelas Kibod
  6. Kelab Kugiran

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola